Proses Pembatalan Pesanan

di Pandamart (gudang foodpanda)

Pandamart (gudang foodpanda) telahpun dilancarkan oleh foodpanda MY!

Ia adalah gudang yang dimiliki oleh foodpanda untuk mencepatkan proses pengedaran barang kepada pihak pelanggan 

Apakah yang anda harus buat sekiranya pembatalan berlaku?

Sekiranya pembatalan pesanan tersebut berlaku selepas "pick up", anda harus beritahu kepada pihak dispatcher dan meminta "auto-break"dari pihak dispatcher. Setelah "auto-break" diaktifkan, rider dikehendaki pulang ke gudang pandamart dan mengembalikan barangan pesanan tersebut.

Pembatalan pesanan selepas anda "pick up" barangan pesanan tersebut dari

gudang pandamart

Beritahu kepada pihak dispatcher

dan minta "auto-break"

(Pemarkahan anda tidak akan terjejas disebabkan "auto-break" untuk situasi sebegini)

Pulang ke gudang pandamart dan mengembalikan barangan pesanan tersebut setelah "auto-break" diaktifkan

Dapatkan yuran perkhidmatan penuh untuk penghantaran pesanan tersebut!

FAQs

Apakah perbezaan pembatalan pesanan di pandamart (gudang foodpanda) dengan pihak vendor?


Sebelum ini, pembatalan pesanan di vendor akan menjejaskan yuran perkhidmatan anda disebabkan penghantaran pesanan tersebut tidak lengkap. Namun, untuk pembatalan pesanan di pandamart (gudang foodpanda), anda akan mendapat yuran perkhidmatan penuh sekiranya barangan pesanan tersebut dikembalikan ke gudang pandamart. (Anda hanya perlu meminta "auto-break" dari pihak dispatcher dan pulang ke gudang pandamart untuk mengembalikan barangan pesanan tersebut)




Adakah pemarkahan saya akan terjejas jika saya meminta "auto-break" untuk situasi sebegini?


Pemarkahan anda TIDAK akan terjejas disebabkan "auto-break" ini. Semua pihak dispatcher telah diberitahu tentang SOP untuk pembatalan order pandamart.




Bolehkah saya minta "unbreak" jika barangan pesanan tersebut telah dikembalikan?


Ya, biasanya "auto-break" tersebut berlangsung selama 15 minit, namun, anda boleh memberitahu kepada pihak dispatcher dan minta "unbreak" setelah barangan pesanan tersebut telah dikembalikan ke gudang pandamart.