Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Untuk rider yang berada di Lembah Klang dan Seremban SAHAJA buat masa ini

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur adalah satu initiatif Kementerian Keusahawan Pembangunan dan Koperasi. Skim ini akan dipantau dan dilaksanakan oleh TEKUN Nasional untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Nilai pembiayaan yang akan diberikan adalah daripada RM1,000 sehingga RM2,000 seorang (tertakluk kepada terma dan kelayakan individu).

*Pembiayaan kadar kaedah 0%*

Tempoh program sehingga September 2020


 

  • Jika anda berminat, anda boleh klik borang ini untuk memberi kebenaran untuk berkongsi data peribadi anda dengan pihak TEKUN Nasional.

  • Anda juga boleh lengkapkan borang pembiayaan dan serahkan di Ibupejabat TEKUN atau anda hadir sendiri ke Ibupejabat TEKUN beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan melengkapkan borang pembiayaan di kaunter yang disediakan.