Add a heading (82).png

***PERHATIAN***

Info di bawah hanya untuk kes kemalangan yang BERLAKU PADA 17 MEI 2021 dan SELEPAS

Untuk kes kemalangan yang berlaku SEBELUM 17 Mei 2021, sila KLIK SINI untuk ketahui lebih tentang skema insurans sebelumnya

Dengan suka cita dimaklumkan bahawa MULAI 17 Mei 2021, semua panda aktif akan dilindungi secara PERCUMA dan AUTOMATIK dengan skema insurans yang LEBIH HEBAT

Untuk rider-rider kami yang sentiasa menghadapi rintangan cuaca dan keadaan yang berbahaya di atas jalan raya, kami telah berjaya mendapatkan insurans untuk setiap rider kami yang aktif kerana keselamatan anda sentiasa keutamaan kami!

Insurans ini adalah melalui kaedah bayar dahulu dan tuntut kemudian [Pay & Claim]​ 

Liputan Perlindungan Insurans
Perlindungan semasa waktu kerja
(Berdasarkan waktu operasi pada minggu tersebut)

7AM - 12AM

(minggu 33)

*RM100,000 untuk kes kematian dan kes hilang keupayaan kekal
*Sehingga RM2500 untuk kes kecederaan berdasarkan kos perubatan yang anda telah bayar
Apakah yang harus dibuat sekiranya anda mengalami kemalangan?
Kes kecederaan ringan
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan lokasi anda
  • Hantarkan dokumen yang berkenaan kepada foodpanda
  • Tunggu pihak insurans dan syarikat untuk membuat proses bayaran balik
Kes kecederaan serius
  • Hubungi ambulans
  • Membuat laporan polis 
  • Hantarkan dokumen yang berkenaan kepada foodpanda
  • Tunggu pihak insurans dan syarikat untuk membuat proses bayaran balik
Most Valuable Panda (40).png
Proses Tuntutan

Tuntutan Kos Perubatan (Kecederaan Akibat Kemalangan)


Borang PA (Muka surat 3-5 harus diisikan oleh doktor yang terbabit) Borang E-Payment (untuk proses pembayaran balik) • Resit rasmi dari hospital atau klinik yang dilawati • Laporan berkenan dari pihak hospital • Laporan dari pihak polis • Salinan kad pengenalan (depan & belakang) • Salinan lesen motosikal (depan & belakang) • Salinan penyata bank




Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan


Borang PA (Muka surat 3-5 harus diisikan oleh doktor yang terbabit) Borang E-Payment (untuk proses pembayaran balik) • Sijil kematian • Laporan dari pihak polis • Laporan bedah siasat • Sijil perkahwinan (Berkahwin) • Sijil kelahiran (Bujang) • Sijil faraid (Muslim) • Salinan kad pengenalan (depan & belakang) • Salinan lesen motosikal (depan & belakang) • Salinan penyata bank




Tuntutan Pendapatan Hospital (Kecederaan Akibat Kemalangan)


Borang E-Payment (untuk proses pembayaran balik) • Nota discharge dengan notasi diagnosis doktor • Laporan dari pihak polis • Salinan kad pengenalan (depan & belakang) • Salinan lesen motosikal (depan & belakang) • Salinan penyata bank




Tuntutan Hilang Keupayaan Kekal (Akibat Kemalangan)


Borang PA (Muka surat 3-5 harus diisikan oleh doktor yang terbabit) Borang E-Payment (untuk proses pembayaran balik) • Laporan dari pihak hospital • Laporan dari pihak polis • Gambaran angota badan yang cedera • Salinan kad pengenalan (depan & belakang) • Salinan lesen motosikal (depan & belakang) • Salinan penyata bank





Most Valuable Panda (41).png

1. Sediakan semua dokumen yang lengkap

Most Valuable Panda (44).png

2. Scan dan emel semua dokumen ke emel yang tertera di bawah:

Most Valuable Panda (45).png

3. Hantarkan resit asal & bil kos perubatan (atau dokumen asal lain yang diperlukan) ke pejabat pihak insurans

Alamat pejabat Tune Protect di Kuala Lumpur:​

Attn: Mohd Hafizullah/ Michael Gopalan Group Corporate Business Dept


Tune Insurance Malaysia Berhad,
Level 8, Wisma Tune, No. 19,
Lorong Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur Malaysia

Jika anda ingin menyemak status tuntutan insurans anda, anda boleh:

  1. Emel kepada alamat emel sama yang telah anda emel semua dokumen tersebut sebelumnya ATAU

  2. WhatsApp Mark dengan memberi info seperti: nama, nombor IC, ID Rooster, dan tarikh kemalangan

 

Penafian:
Walaupun foodpanda menyediakan skema insurans kepada rider-rider kami, syarikat insurans penjamin semula adalah Tune Protect. Penyediaan skema seperti itu kepada rider tidak dimaksudkan dan tidak boleh ditafsirkan untuk mewujudkan hubungan kerja antara foodpanda dan rider. Rider itu bukan pekerja foodpanda.