Kriteria Penilaian
Jumlah Jam Bekerja
Jumlah jam bekerja [Total working hours]
Jumlah jam bekerja yang akan diambil kira dalam sistem pemarkahan anda adalah berdasar pada
waktu operasi zon di negeri anda masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Jam Bekerja Sebenar
Jam bekerja sebenar [Actual v.s. planned working hours]
Kelewatan, 'break' dan 'no-show' akan dipertimbangkan dalam metrik ini. Sekiranya anda menghabiskan jumlah penuh jam yang dirancang atau diambil pada syif anda, anda akan mendapat % penuh untuk kriteria ini.
*Sila maklum bahawa ia adalah dikira berdasar pada skala SAAT, bukannya skala minit. Oleh itu, sila 'clock-in' beberapa minit lebih awal sebelum syif anda bermula. Contohnya, jika syif anda bermula pada 2PM, sila 'clock-in' pada 1:55PM supaya pemarkahan anda tidak terjejas.
Kadar Penerimaan Order
Acceptance rate = (order accepted - manual undispatches) / order notified
Kadar penerimaan order = (
order yang rider terima - jumlah 'manual undispatch' order) /
order yang masuk
(Kadar penerimaan order =
[order yang rider terima] tolak [
jumlah 'manual undispatch' order] kemudian dibahagi dengan [order yang masuk]
*Sila diingati bahawa:-
- Jika anda menerima notifikasi mengenai order masuk dan anda menolak order tersebut, kadar penerimaan order anda akan terjejas
- 'Manual undispatch' selepas anda menerima order tersebut juga akan menjejaskan kadar penerimaan order anda
Oleh itu, sila diingati bahawa anda sentiasa digalakkan untuk meneruskan penghantaran order tersebut selepas menerimanya supaya kadar penerimaan order anda tidak terjejas
LND
LND (Late Night Delivery) adalah masa khusus yang telah ditetapkan untuk penghantaran lewat malam, iaitu 10PM hingga 8AM.
*SEMUA rider akan dinilai secara adil dalam keadaan yang sama. Jika semua zon di negeri anda bertutup pada 12AM, semua rider di negeri tersebut hanya dapat bekerja sehingga 12AM, dan LND akan diambil kira hingga waktu tersebut sahaja*