Sistem Pemarkahan

  • Sistem pemarkahan adalah untuk memastikan rider yang berprestasi tinggi diiktiraf secara adil
  • Prestasi kerja rider akan menentukan batch dan proses pemilihan jadual kerja mereka

Apakah Batch dan Sistem Pemarkahan

Kriteria Penilaian

Jumlah Jam Bekerja


Jumlah jam bekerja [Total working hours] Jumlah jam bekerja yang akan diambil kira dalam sistem pemarkahan anda adalah berdasar pada waktu operasi zon di negeri anda masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.




Jam Bekerja Sebenar


Jam bekerja sebenar [Actual v.s. planned working hours] Kelewatan, 'break' dan 'no-show' akan dipertimbangkan dalam metrik ini. Sekiranya anda menghabiskan jumlah penuh jam yang dirancang atau diambil pada syif anda, anda akan mendapat % penuh untuk kriteria ini. *Sila maklum bahawa ia adalah dikira berdasar pada skala SAAT, bukannya skala minit. Oleh itu, sila 'clock-in' beberapa minit lebih awal sebelum syif anda bermula. Contohnya, jika syif anda bermula pada 2PM, sila 'clock-in' pada 1:55PM supaya pemarkahan anda tidak terjejas.




Kadar Penerimaan Order


Acceptance rate = (order accepted - manual undispatches) / order notified Kadar penerimaan order = ( order yang rider terima - jumlah 'manual undispatch' order) / order yang masuk (Kadar penerimaan order = [order yang rider terima] tolak [ jumlah 'manual undispatch' order] kemudian dibahagi dengan [order yang masuk] *Sila diingati bahawa:- - Jika anda menerima notifikasi mengenai order masuk dan anda menolak order tersebut, kadar penerimaan order anda akan terjejas - 'Manual undispatch' selepas anda menerima order tersebut juga akan menjejaskan kadar penerimaan order anda Oleh itu, sila diingati bahawa anda sentiasa digalakkan untuk meneruskan penghantaran order tersebut selepas menerimanya supaya kadar penerimaan order anda tidak terjejas





[Untuk rider yang berada di Lembah Klang (KL & Selangor), Johor, Penang dan Perak]

Minggu 36 & 37

Tempoh penilaian: 31.08.2020 - 13.09.2020

(akan tertera pada batch anda pada 14.09.2020)

[Untuk rider yang berada di Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka, Kuching, Miri dan Sabah]

Minggu 36

Tempoh penilaian: 31.08.2020 - 06.09.2020

Minggu 37

Tempoh penilaian: 07.09.2020 - 13.09.2020

(akan tertera pada batch anda pada 14.09.2020)

Mulai minggu ke-38, batch SEMUA rider akan dikemaskini setiap minggu pada hari Isnin. 

Minggu 38

Tempoh penilaian: 14.09.2020 - 20.09.2020

(akan tertera pada batch anda pada 21.09.2020)

*Jumlah jam bekerja yang diambil kira dalam sistem pemarkahan anda adalah berdasar pada waktu operasi zon di negeri anda masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan*

Pengambilan Syif

Rider akan dibahagikan kepada 4 kategori berdasarkan pada markah mereka. Ini akan menentukan bila masa yang boleh anda ambil jadual.