Add a heading (68).png
Most Valuable Panda (35).png

Saya mula serius dalam penghantaran makanan bersama foodpanda sejak tahun 2018. Kerana saya dapat lihat dan rasai sendiri perbezaan pesanan yang diterima berbanding dengan syarikat penghantaran makanan yang lain. Saya telah bekerja sepenuh masa bersama foodpanda selama lebih kurang 3 tahun. Terdapat banyak pahit getir dan pengalaman manis yang saya nak kongsikan bersama anda harini.

Most Valuable Panda (36).png

Azlan, rider foodpanda

Hai, bolehkan beritahu serba sedikit tentang diri anda?

Hai, nama saya Azlan, rider ID saya 56132 dan saya telah menyertai foodpanda kira-kira hampir 3 tahun.

Sejak bila anda menceburi pekerjaan sebagai rider foodpanda? 

Saya mula serius dalam penghantaran makanan bersama foodpanda sejak tahun 2018. Ini kerana saya dapat lihat dan rasai sendiri perbezaan pesanan yang diterima berbanding dengan syarikat penghantaran makanan yang lain.

Bolehkah anda kongsi pengalaman anda semasa sesi latihan (training)?

Ketika saya mengikuti sesi latihan praktikal bersama Panda Champion, saya dapat melihat serba sedikit mengenai strategi untuk mendapatkan lebih banyak order seperti waktu yang terbaik untuk bekerja, zon yang banyak order, dan lain-lain). Tetapi untuk mendalami ilmu tersebut, saya memerlukan sekurang-kurangnya waktu 3 bulan untuk betul-betul memahaminya.

Di manakah kawasan yang anda lebih suka untuk bekerja?

Selalunya saya akan bekerja di kawasan KLCC dan sekitarnya kerana jarak penghantaran yang lebih dekat disebabkan oleh faktor kepadatan penduduknya. Para pelanggan juga sangat baik hati dan selalu memberikan tips kepada saya. 

Bagaimana perasaan anda bekerja sebagai rider foodpanda pada bulan Ramadhan?

Bekerja pada bulan Ramadan juga amat menyeronokkan bagi saya kerana apabila saya sibuk menghantar pesanan, masa terasa begitu singkat sekali. 

Apakah dugaan yang anda hadapi sebagai rider foodpanda?

Banyak dugaan yang saya tempuhi ketika membuat penghantaran seperti cuaca yang tidak menentu dan menyebabkan jalan menjadi agak licin. Tetapi saya merasa lega untuk meneruskan penghantaran kerana saya tahu saya sentiasa dilindungi oleh insurans percuma daripada foodpanda biarpun saya tidak berada di dalam waktu bekerja (syarat minima hanya perlu mengambil shift dalam minggu sebelumnya).

Apakah kelebihan yang anda perolehi sebagai rider foodpanda?

Antara kelebihan yang diperolehi semasa menjadi rider foodpanda adalah saya dilindungi oleh insurans percuma walaupun di luar waktu bekerja, seperti yang cakap tadi. Sepanjang bekerja dengan foodpanda juga, saya bebas untuk memilih hari cuti saya. Selalunya saya akan bekerja lebih pada minggu sebelumnya (gandakan gaji saya) supaya saya boleh bercuti pada minggu yang berikutnya bersama keluarga ataupun kawan-kawan foodpanda saya. Kami gemar bermain futsal bersama-sama. Jangan lupa untuk meluangkan masa bersama keluarga anda dan bercuti lah sekali sekala bersama mereka.

Bolehkah anda berkongsi tips sebagai rider kepada rakan panda yang lain?

Sedikit tips yang saya mampu kongsikan bersama panda lain ialah, jika anda bekerja separuh masa, pastikan anda bekerja pada waktu bonus seperti hujung minggu untuk menjana wang lebih banyak lagi! Tips kedua untuk menjana lebih banyak wang adalah dengan merujuk kawan-kawan dan saudara mara anda untuk menyertai foodpanda menggunakan link rujukan anda didalam sistem RR. Jika mereka berjaya membuat 20 order pertama, anda layak mendapat RM60 untuk setiap orang yang dibawa masuk! Sebagai contoh seorang kawan saya telah menjana sebanyak RM4,980 dengan merujuk 83 orang kawan-kawan beliau pada bulan Mac!

Adakah anda mempunyai apa-apa komen mengenai foodpanda?

Di sini juga saya amat berharap pihak foodpanda dapat mengkaji dan memperbaiki lagi kebajikan rider dan mempertambahkan lagi bonus mingguan dan bulanan bagi menggalak kan rider untuk bekerja serta mengajak lebih ramai keluarga mereka dan kawan-kawan untuk menyertai foodpanda.

 

Dengan itu juga, saya juga berharap pihak foodpanda dapat mengemaskini sistem aplikasi RR. Walaupun sistem telah banyak dinaik taraf dari pertama kali saya menyertai, tapi bagi saya masih banyak yang boleh diperbaiki kerana sistem agak tidak tepat dan ini menyebabkan para rider berasa tertekan dan kecewa untuk meneruskan kerja.

 

Ketiga, saya ingin menyentuh mengenai pihak CC (dispatcher). Saya rasa foodpanda sepatutnya mengambil pekerja tempatan untuk menjadi CC kerana pekerja tempatan ini lebih arif tentang selok belok, keadaan, dan situasi rider yang sedang bertugas.