logo(1).png

Rider - service (RS)

RR(1).png

Hai Panda,

Kami faham bahawa kadangkala untuk mendapat respon daripada Rider Service (RS) agak lama dan menjejaskan perjalanan. foodpanda memperkenalkan fungsi terbaharu iaitu “self-service tool” untuk memudahkan  dan menyelesaikan isu rider kami berkaitan dengan penghantaran.

Dengan memperkenalkan fungsi terbaru ini, kami percaya bahawa ia dapat mempercepatkan lagi proses untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak RS. Jika anda mendapati bahawa fungsi ini tidak mencukupi, anda masih boleh menghubungi ejen RS kami melalui “live chat room.”

 


 

  • Pilih kategori yang betul mengikuti isu yang anda sedang hadapi
     

  • Jika anda perlu menghubungi pihak RS, pastikan anda telah pilih kategori yang betul sebelum anda klik “chat with agents” 
     

  • Mesej mengenai isu akan dihantar ke ejen secara automatik. Ringkaskan situasi anda ke ejen tersebut

Panduan untuk mendapat jalan penyelesaian yang efektif, perhatikan perkara berikut:

Sila ambil maklum bahawa fungsi ini hanya boleh didapati semasa anda sedang menjalankan syif.

Tekan butang di bawah untuk mengetahui cara menggunakan “Self-Service Tool!

Fungsi ini akan hanya boleh didapati semasa anda sedang menjalankan syif sahaja dan ia mempunyai pelbagai pilihan mengikut tahap penghantaran anda.


Bermula dari
11 Ogos 2021, fungsi “Self-redispatch” dan permintaan “break” akan dipindahkan ke kategori “self-service tool.” Dengan cara ini, anda dapat mengakses fungsi di atas sambil mencari penyelesaian dalam alat layan diri semasa penghantaran.




 


Untuk isu-isu lain, seperti pertanyaan syif, scoring, bayaran dan sebagainya, anda perlu membuat tiket melalui “Rider Support” yang terdapat dalam aplikasi RoadRunner dan pihak operasi akan menasehati selanjutnya.