Penghantaran Jarak Jauh

(Merentas Zon)

Hai Panda, kami sentiasa berusaha mencari order yang lebih banyak untuk rider-rider foodpanda... Oleh itu, penghantaran jarak jauh (merentas zon) akan dilancarkan pada 17hb Februari 2021 di Johor!

Rider akan dapat yuran perkhidmatan yang lebih tinggi (sehingga RM20!) sekiranya melengkapkan penghantaran jarak jauh (merentas zon).

★  Dapatkan order yang lebih BANYAK dari zon-zon lain

★  Dapatkan yuran perkhidmatan yang lebih TINGGI 

★  Jarak yang lebih JAUH, Bayaran yang lebih TINGGI

FAQs

Apakah maksud penghantaran merentas zon?


Penghantaran merentas zon adalah apabila anda pick up order tersebut di dalam zon anda dan drop off berada di dalam zon lain. (Anda tidak akan diminta untuk pick up order dari zon lain)




Adakah saya akan diletakkan "break" apabila meninggalkan zon?


Anda TIDAK akan kena "break" sekiranya anda menghantar order ke luar zon dan kembali balik ke zon anda.




Setelah saya menghantar pesanan, adakah saya perlu kembali ke kawasan asal?


Ya, anda perlu kembali ke kawasan asal: Tetapi, anda akan diberi ganjaran untuk usaha anda menghantar pesanan tersebut.




Adakah saya akan menerima pesanan apabila saya berada di luar zon (semasa ke pelanggan atau kembali ke kawasan asal)


Tidak, anda tidak akan menerima sebarang pesanan ketika berada di luar zon.




Adakah yuran perkhidmatan saya lebih tinggi sekiranya saya melengkapkan penghantaran merentas zon?


YA! Semakin jauh jarak penghantaran anda, semakin tinggi yuran perkhidmatan yang anda akan dapat.





*Jika anda ada sebarang kesulitan/pertanyaan atau anda ingin membuat aduan mengenai penghantaran jarak jauh, sila buat tiket di Rider Support di bawah kategori "My Shift",subjenis "Order Issue" dan letak tajuk "Long Distance Order".