Dengan suka cita dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2019 SETIAP rider foodpanda yang aktif akan dilindungi dengan insurans kami secara PERCUMA!

Untuk rider-rider kami yang sentiasa menghadapi rintangan cuaca dan keadaan yang berbahaya di atas jalan raya, kami telah berjaya mendapatkan insurans untuk setiap rider kami yang aktif kerana keselamatan anda sentiasa keutamaan kami!

Skema Insurans Percuma

Siapakah yang akan dilindungi?

  • Rider yang AKTIF 

Adakah saya seorang rider yang aktif?

 

  • Pada pukul 12 petang setiap hari Jumaat, adakah anda mempunyai jadual kerja untuk 7 hari  yang seterusnya?

Jika jawapan anda "YA" untuk soalan di atas, TAHNIAH!

 

Anda adalah seorang rider yang AKTIF! 

Apakah yang harus dibuat sekiranya anda mengalami kemalangan?

Kes kecederaan ringan
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan lokasi anda
  • Hantarkan dokumen yang berkenaan kepada foodpanda
  • Tunggu pihak insurans dan syarikat untuk membuat proses bayaran balik
Kes kecederaan serius
  • Hubungi ambulans
  • Membuat laporan polis 
  • Hantarkan dokumen yang berkenaan kepada foodpanda
  • Tunggu pihak insurans dan syarikat untuk membuat proses bayaran balik
Apakah dokumen yang harus anda menyediakan untuk proses tuntutan insurans?

Selepas anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan, sila ikut langkah seperti gambar di bawah:


Rider harus isikan:

  • Borang PA (Muka surat 3-4 harus diisikan oleh doktor yang terbabit)

  • Borang E payment (untuk proses pembayaran balik)

  • Resit rasmi dari hospital atau klinik yang dilawati

  • Laporan berkenan dari pihak hospital

  • Salinan kad pengenalan (depan & belakang)

  • Salinan lesen memandu (depan & belakang)

  • Laporan dari pihak polis (jika ada)

Alamat pejabat Allianz di Kajang:

  • No 17, Jalan M/J 1, Taman Majlis Jaya, Sungai Chua, 43000, Kajang, Selangor

Bukti penerimaan:

  • Pastikan dokumen asal anda diterima oleh Allianz [Encik Howe]

Liputan Insurans:

24 jam sehari

•Perlindungan selama 24 jam sehari [termasuk waktu tidak bekerja]​​

•Untuk kecederaan hilang upaya atau kematian sahaja akibat dari kemalangan

•Melalui kaedah bayar dahulu dan tuntut kemudian [Pay & Claim]​