Add a heading - 2021-07-12T180806.322.png

***PERHATIAN***

Info di bawah hanya untuk kes kemalangan yang BERLAKU PADA 17 MEI 2021 dan SELEPAS

Dengan suka cita dimaklumkan bahawa MULAI 17 Mei 2021, semua panda aktif akan dilindungi secara PERCUMA dan AUTOMATIK dengan skema insurans yang LEBIH HEBAT

JANGAN HIT-AND-RUN! Dengan insurans liabiliti peribadi ini, sekiranya anda mengalami kemalangan dan mencederakan seseorang / merosakkan harta benda orang lain, pihak yang dicedera / harta benda dirosak boleh membuat tuntutan daripada pihak insurans kami. (Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut)
Liputan Perlindungan Insurans
Perlindungan semasa waktu kerja:
(Berdasarkan waktu operasi pada minggu tersebut)

7AM - 10PM

(minggu 28)

Jumlah perlindungan:
Jumlam perlindungan yang boleh dituntut daripada setiap tuntutan adalah RM100,000 maksimum (berdasar pada kos perubatan / kos penyelenggaraan dan penggantian terhadap kerosakan harta benda)

RM100,000

Apakah yang harus dibuat sekiranya anda mengalami kemalangan dan
Mencederakan seseorang
Merosakkan harta benda orang lain
  • Mengambil gambar keadaan kemalangan dan sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan tersebut
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan lokasi anda sekiranya ada kes kecederaan
  • Membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan tersebut
  • Rider atau pihak ketiga (pihak yang dicedera atau harta benda dirosak) perlu menghantarkan dokumen yang berkenaan kepada foodpanda
  • Rider perlu membayar excess sebanyak RM350
  • Tunggu pihak insurans untuk mengesahkan tuntutan dan menyiasatkan kes tersebut jika diperlukan
Proses Tuntutan
Most Valuable Panda (41).png

1. Sediakan semua dokumen yang lengkap

Kes: Pihak ketiga dicedera akibat kemalangan tersebut


• Laporan polis yang dibuat oleh rider​ • Laporan polis yang dibuat oleh pihak ketiga (pihak yang dicedera) • Gambar-gambar mengenai keadaan kemalangan • Resit rasmi dari hospital atau klinik yang dilawati oleh pihak ketiga • Laporan berkenan dari pihak hospital (pihak ketiga) • Surat dari pihak ketiga yang menyatakan rider tersebut bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan harta benda Borang tuntutan liabiliti Borang e-payment (untuk proses pembayaran balik)




Kes: Harta benda pihak ketiga dirosak akibat kemalangan tersebut


• Laporan polis yang dibuat oleh rider​ • Laporan polis yang dibuat oleh pihak ketiga (pihak yang dicedera) • Gambar-gambar mengenai keadaan kemalangan • Surat dari pihak ketiga yang menyatakan rider tersebut bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan harta benda • Invois mengenai penyelenggaraan atau penggantian harta benda tersebut Borang tuntutan liabiliti Borang e-payment (untuk proses pembayaran balik)





Most Valuable Panda (44).png

2. Scan dan emel semua dokumen ke emel yang tertera di bawah:

Most Valuable Panda (45).png

3. Hantarkan semua dokumen asal ke pejabat pihak insurans

Alamat pejabat Tune Protect di Kuala Lumpur:​

Attn: Mohd Hafizullah/ Michael Gopalan Group Corporate Business Dept


Tune Insurance Malaysia Berhad,
Level 8, Wisma Tune, No. 19,
Lorong Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur Malaysia

Jika anda ingin menyemak status tuntutan insurans anda, anda boleh:

  1. Emel kepada alamat emel sama yang telah anda emel semua dokumen tersebut sebelumnya ATAU

  2. WhatsApp Mark dengan memberi info seperti: nama, nombor IC, ID Rooster, dan tarikh kemalangan