Hai Panda, kami sentiasa berusaha mencari order yang lebih banyak untuk rider-rider foodpanda. Oleh itu, penghantaran merentas zon akan dilancarkan mulai 18hb November 2020!

*Untuk penghantaran PANDAGO sahaja buat masa ini*

FAQs

Apakah maksud penghantaran merentas zon?


Penghantaran merentas zon adalah apabila anda pick up order tersebut di dalam zon anda dan drop off berada di dalam zon lain. (Anda tidak akan diminta untuk pick up order dari zon lain) **Penghantaran merentas zon hanya tersedia untuk penghantaran PANDAGO sahaja buat masa ini**




Saya akan kena "break" jika berada di luar zon saya


Anda TIDAK akan kena "break" sekiranya anda menghantar order ke luar zon dan kembali balik ke zon anda.




Apakah jangka masa untuk saya berada di luar zon?


Anda mempunyai masa maksimum [ 2 jam ] untuk kembali ke zon anda.




Apakah yang harus saya lakukan selepas saya drop off order tersebut?


Anda perlu kembali ke zon anda selepas order tersebut dilengkapkan. Jika tidak, order baru tidak akan masuk.




Adakah yuran perkhidmatan saya lebih tinggi sekiranya saya melengkapkan penghantaran merentas zon?


YA! Semakin jauh jarak penghantaran anda, semakin tinggi yuran perkhidmatan yang anda akan dapat.




Adakah kadar penerimaan order (acceptance rate) saya akan terjejas jika saya menolak penghantaran merentas zon?


Ya, kadar penerimaan order anda akan terjejas jika anda menolak penghantaran merentas zon.