CIMB X foodpanda

Dengan suka cita dimaklumkan bahawa mulai 13 Mac 2019, rider yang ingin membuka akaun CIMB boleh menghabiskan seluruh proses tersebut semasa pendaftaran di pejabat foodpanda!
Kami telah bekerjasama dengan pihak CIMB untuk membantu anda membuka akaun baru dengan senang dan lancar. 
Kini, kami telah membawa bank CIMB kepada anda. Dengan 10 minit sahaja, anda boleh menghabiskan proses tersebut dengan kami!

Proses pembukaan akaun CIMB

Apakah proses pembukaan bank akaun CIMB ?
  • Rider masuk ke pejabat untuk pembukaan akaun CIMB (kali pertama membuka akaun CIMB)
  • Dokumen yang berkenaan dikumpul oleh pihak pengurusan foodpanda 
  • Rider akan dapat nombor pin dari pihak CIMB dalam masa 24 jam sekiranya maklumat yang diberi adalah tepat dan betul
  • Rider boleh mendapat kad ATM dalam jangka masa 3 hari bekerja
  • Dokumen yang terlibat akan dihantar ke CIMB pada pukul 4pm setiap hari
Apakah dokumen yang harus anda sediakan?
1. Borang permohonan 1
2. Borang permohonan 2
3. Salinan kad pengenalan [depan & belakang]